top of page
KEJOHANAN AKUATIK ANTARA PERKHIDMATAN TAHUN 2014

​​22 MEI 2014


Kejohanan Akuatik Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia berlangsung di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia bertempat di Lumut, Perak. 17 RAMD (Para) sebagai Pusat Kecemerlangan Akuatik Tentera Darat telah membawa tim Tentera Darat dalam kejohanan tersebut dan berjaya memperolehi johan keseluruhan antara perkhidmatan bagi tahun 2014.

LAWATAN KE PUSARA
PAHLAWAN 17 RAMD (Para)

​​ 27 Mac 2014


Lawatan ke Pusara Pahlawan 17 RAMD (Para) iaitu Allahyarham Mejar Zainal bin Ab Rashid diketuai oleh Panglima 10 Briged Para dan diiringi oleh Pegawai Memerintah 17 RAMD (Para) di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kampung Matang Kerian, Pantai Remis Perak. Bacaan yassin telah disekedahkan kepada allahyarham disamping mengadakan pembersihan di sekeliling pusara tersebut.

SOLDADU MUDA MELAPOR KE UNIT

​​20 Mac 2014


Soldadu Muda yang telah tamat latihan rekrut di Pusat Latihan Asas Tentera Darat telah melapor ke pasukan dan disambut dengan meriah oleh warga 17 RAMD (Para) pada 20 Mac 2014. Seramai 50 Soldadu Muda telah melapor dan diharapkan dapat memberi kesinambungan atas kecemerlangan pasukan 17 RAMD (Para).

PEMBUDAYAAN INOVASI

​​ Januari 2014


Pasukan telah mengambil langkah proaktif dalam membudayakan inovasi di kalangan warga 17 RAMD (Para). Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah dengan menyertai :

 - Bengkel Pengurusan Inovasi

 - Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera          Darat (AP&ITD)

- Kumpulan Inovasi Kreatif

LAWATAN PENGARAH
INFANTRI

​​28 Mac 2014


YBhg Pengarah Infantri iaitu Brigadier Jeneral Dato' Azlan bin Abd Rahman mengunjungi 17 RAMD (Para) yang berlangsung pada 28 Mac 2014. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi yang pertama ke Batalion ini semenjak beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Infantri. Sesi Dialog Pengarah Infantri bersama warga 17 RAMD (Para) telah diadakan di Dewan Makan Adam 17 RAMD (Para).

SAMBUTAN HARI RAYA DAN MAJLIS MAKAN BESAR SEMPERNA HUT 17 RAMD (PARA)

​​24 OGOS 2014


Sambutan Hari Raya dan Majlis Makan Besar semperna HUT 17 RAMD (Para) dianjurkan dengan meriahnya pada 24 Ogos 2014 di padang pasukan. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran keluarga-keluarga 17 RAMD (Para).

LAWATAN ULUNG PANGLIMA
10 BGD PARA

​​17 Januari 2014


YBhg Panglima 10 Bgd Para Brigadier Jeneral Jalaludin bin Yusof mengunjungi 17 RAMD (Para) bersempena dengan Lawatan Ulung Panglima 10 Bgd Para ke 17 RAMD (Para) yang berlangsung pada 17 Januari 2014. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi yang pertama ke Batalion ini semenjak beliau memegang tampuk pemerintahan 10 Bgd Para.

PERBARISAN SERAH MENYERAH SMR 17 RAMD (PARA)

​​4 JULAI 2014


Perbarisan serah menyerah SMR 17 RAMD (Para) diadakan di Padang Kawad 17 RAMD (Para) pada 4 Julai 2014. Serah menyerah dilakukan oleh PW I Zamzam kepada SMR 17 RAMD (Para) yang baru iaitu PW I Mohd Zaki.

PERARAKAN SOLAT JUMAAT SEMPERNA HUT 17 RAMD (PARA)

​​22 OGOS 2014


Perarakan solat jumaat semperna HUT 17 RAMD (Para) diadakan pada 22 Ogos 2014. Perarakan diketuai oleh Pegawai Memerintah iaitu Lt Kol Khairul Anwar bin Soib. Perarakan bermula di Padang Kawad Kem 10 Briged Para hingga ke Masjid Al-Syuhada Kem Terendak.

PERBARISAN SEMPERNA HUT    17 RAMD (PARA)

​​23 OGOS 2014


Perbarisan semperna HUT 17 RAMD (Para) dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Ogos 2014 di Padang Kawad pasukan. Perbarisan ini semperna sambutan HUT ke-44.

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL WISMA BINTARA 17 RAMD (PARA)

​​13 SEPTEMBER 2014


Wisma Bintara 17 RAMD (Para) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Rejimental pada 13 September 2014 bertempat di Hotel Equatorial, Melaka. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran semua PTT Kanan beserta pasangan masing-masing.

HARI KESIHATAN WARGA 17 RAMD (PARA)

​​27 SEPTEMBER 2014


17 RAMD (Para) telah menganjurkan Hari Kesihatan peringkat pasukan. Majlis tersebut dimeriahi oleh semua warga 17 RAMD (Para) termasuk ahli keluarga masing-masing.

SAMBUTAN HARI ULANG
TAHUN PASUKAN KE 43

​​27 November 2013


Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan yang Ke 43 disambut dengan meriah oleh warga 17 RAMD (Para) pada 27 November 2013. Dengan adanya aktiviti begini dapat merapatkan silaturahim bersama keluarga yang mana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan mahupun warga anggota 17 RAMD (Para).

LAWATAN ULUNG PANGLIMA 10 BRIGED PARA KE 17 RAMD (PARA)

 11 NOVEMBER 2014


Panglima 10 Briged Para telah mengadakan Lawatan Ulung semasa pemerintahnya ke 17 RAMD (Para) pada 11 November 2014.

MAJLIS BERKHATAN DAN CUKUR JAMBUL 17 RAMD (PARA)

 22 NOVEMBER 2014


17 RAMD (Para) telah menganjurkan Majlis Berkhatan dan Cukur Jambul peringkat 17 RAMD (Para). Majlis tersebut disertai oleh warga-warga 17 RAMD (Para).

PERBARISAN SERAH MENYERAH PEN PEG MEM 17 RAMD (PARA)

 16 JANUARI 2015


Perbarisan Serah Menyerah Penolong Pegawai Memerintah 17 RAMD (Para) telah berlangsung pada 16 Januari 2015 di mana Mej Mohd Ramzan bin Md Ani telah menyerahkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Memerintah kepada Mej Md Zaini bin Othman.

JAMUAN RINGAN SEMPERNA JOHAN UKM 10 BRIGED PARA

 16 FEBRUARI 2015


Satu Majlis jamuan ringan telah diadakan bagi meraikan kemenangan pasukan menembak 17 RAMD (Para) setelah berjaya merangkul Johan dalam Kejohanan UKM 10 Briged Para.

BULETIN TADBIR
Statistik

    Hari ini                           :     07

    Minggu ini                     :    25

    Bulan ini                        :     32

    Jumlah Keseluruhan    :    1143

 

Bermula pada 17 Feb 2014

bottom of page