top of page

Keris Kuasa merupakan Simbol Kuasa bagi Batalion ke-17 RAMD (Para). Keris ini berlok tujuh dan melambangkan sifat kepahlawanan warga batalion ini dan menjadi lambang kuasa yang diperolehi oleh Pegawai Memerintah batalion ini. Ia juga melambangkan kejituan semangat warga pasukan dalam melaksanakan tugas yang berpadanan dengan cogan kata batalion ini iaitu Pantang Maut Sebelum Ajal. Keris ini diwujudkan semasa Pemerintahan Pegawai Memerintah yang ketiga iaitu Lt Kol Muhamad Shukur bin Hj Abdullah pada tahun 1976.

 

Keris berlok tujuh yang ditempa di Kelantan ini dicanai menngunakan 11 jenis besi yang diambil dari setiap negeri di Semenanjung. Mengikut tradisinya, keris ini perlu dilangir sehari sebelum sambutan Hari Jadi Pasukan. Serah menyerah keris ini semasa serah terima tugas Pegawai Memerintah hendaklah disaksikan oleh semua Ketua Kompeni dan Pegawai Staf Pasukan. Pada sebilang masa, keris ini disimpan di Pejabat Pegawai Memerintah. 

SIMBOL KUASA
Statistik

    Hari ini                           :     07

    Minggu ini                     :    25

    Bulan ini                        :     32

    Jumlah Keseluruhan    :    1143

 

Bermula pada 17 Feb 2014

bottom of page