top of page
BULETIN OPERASI
KEPULANGAN OP DARATAN

15 Mac 2014


Kepulangan Kompeni Bravo dari Op Daratan di Sabah bermula pada 9 Disember 2013 hingga 14 Mac 2014 seramai 4 Pegawai dan 107 anggota yang diketuai oleh Ketua Kompeni Bravo iaitu Mejar Ahmad Fitri bin Othman. Kepulangan disambut meriah oleh warga 17 RAMD (Para) dan diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah iaitu Mejar Mohd Ramzan bin Che Ani. Kompeni Bravo telah menunjukkan prestasi cemerlang di dalam melaksanakan operasi tersebut.

ATURGERAK KOMPENI D DI LAHAD DATU

12 Febuari 2013


Tanggal 12 Feb 2013 merupakan satu detik sejarah apabila sebuah kompeni tempur yang dianggotai 5 Pegawai dan 130 Anggota dari Kompeni D, Batalion Ketujuh Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) telah diaturgerakkan ke Lahad Datu, Sabah setelah mendapat arahan daripada Panglima Angkatan Tentera (PAT) sebagai elemen tempur utama dari Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) untuk menangani pencerobohan Royal Sulu Armed Forces (RSAF).

ATURGERAK KOMPENI A DI LABUAN

15 Mac 2013


Keganasan Royal Sulu Armed Force (RSAF) telah merebak sehingga ke Pulau Labuan. Bagi membendung keganasan dan pencerobohan oleh RSAF, Kompeni A 17 RAMD (Para) telah diaturgerakkan pada 15 Mac 2013 untuk mempertahankan Pangkalan Udara (PU) TUDM Labuan dari dicerobohi oleh pengikut RSAF yang dipercayai berselindung di kalangan penduduk Labuan berbangsa Suluk yang berstatus warganegara Malaysia.

ATURGERAK OP SANGGAH

9 Disember 2013


Aturgerak Kompeni Bravo dalam Op Sanggah di Sabah bermula pada 9 Disember 2013 hingga 11 Mac 2014 seramai 4 Pegawai dan 107 anggota yang diketuai oleh Ketua Kompeni Bravo iaitu Mejar Ahmad Fitri bin Othman. Kompeni Bravo akan berada di kawasan operasi selama 3 bulan bagi melakukan tugas QRF untuk membantu pasukan hadapan di bawah arahan Briged ESSCOM.

LAWATAN PANGLIMA 10 BRIGED PARA KE OPERASI KOTA ECHO DAN FOXTROT

 3 OKTOBER 2014


Panglima 10 Briged Para bersama Pegawai Memerintah 17 RAMD (Para) telah mengadakan lawatan ke penempatan di TANGO ONE BAR bagi Operasi Kota Echo dan Foxtrot pada 3 Oktober 2014.

KEPULANGAN OPERASI KOTA ECHO DAN FOXTROT

 4 NOVEMBER 2014


Kepulangan Kompeni D dari melaksanakan Operasi Kota Echo dan Foxtrot di Banding Kedah pada 4 November 2014. Kompeni D telah melaksanakan Operasi Kota Echo dan Foxtrot selama dua bulan.

Statistik

    Hari ini                           :     07

    Minggu ini                     :    25

    Bulan ini                        :     32

    Jumlah Keseluruhan    :    1143

 

Bermula pada 17 Feb 2014

bottom of page