top of page
PERTANDINGAN UKMHK

10 dan 11 Febuari 2014


Pertandingan Ujian Kemahiran Merempuh Halangan dan Kawad Peringkat 10 Briged Para telah berlangsung pada 10 da 11 Febuari 2014 di mana Pasukan 17 RAMD (Para) telah mencapai kejayaan di tempat kedua secara keseluruhannya. Pasukan 17 RAMD (Para) berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Kawad dan tempat kedua dalam merempuh halangan.

EKSESAIS STALLION SIRI 1/2013

03 Jun 2013


Eksesais ini menguji keupayaan kompeni tempur 17 RAMD (Para) iaitu Kompeni Charlie dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Eksesais ini merupakan Eksesais peringkat Divisyen yang dikendalikan oleh 4 Divisyen. Kawasan operasi yang terlibat dalam eksesais ini merangkumi dari Tapah sehingga Sungai Buloh.

LATIHAN MENEMBAK PISTOL

14 Mac 2014


Latihan Menembak Pistol Peringkat 10 Briged Para telah berlangsung pada 14 Mac 2014 di Pasukan 17 RAMD (Para). Latihan ini melibatkan pembelajaran teori di sebelah pagi dan latihan praktikal pada sebelah petang di Lapang Sasar Pistol Skuadron ke-10 Rejimen Askar Jurutera Diraja (Para). Keberkesanan latihan ini dapat dilihat dalam pemperbaiki cara menembak pistol dengan betul dan tepat.

PEMBUKAAN KURSUS ASAS TEMPUR TANPA SENJATA ANJURAN 17 RAMD (PARA)

​​18 SEPTEMBER 2014


17 RAMD (Para) telah menganjurkan Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata yang disertai seramai 48 anggota.

EKSESAIS HELANG TUAH 17 RAMD (PARA)

19 HINGGA 26 SEPTEMBER 2014


Eksesais Helang Tuah 17 RAMD (Para) telah dilaksanakan di Asahan pada 19 September hingga 26 September 2014. Eksesais ini berkekuatan 1 platun.

PENUTUPAN KURSUS PEGASUS ANJURAN 17 RAMD (PARA)

20 SEPTEMBER 2014


17 RAMD (Para) telah menganjurkan Kursus PEGASUS dengan jayanya. Penutupan kursus tersebut telah dirasmikan oleh Panglima 10 Briged Para pada 20 September 2014.

17 RAMD (PARA) JOHAN UKM 10 BRIGED PARA

26-29 JANUARI 2015


17 RAMD (Para) telah berjaya merangkul Johan di dalam Kejohanan UKM 10 Briged Para. Kejohanan ini berlangsung di Lapangsasar 10 Briged Para dari 26 Januari hingga 29 Januari 2015.

BULETIN LATIHAN
Statistik

    Hari ini                           :     07

    Minggu ini                     :    25

    Bulan ini                        :     32

    Jumlah Keseluruhan    :    1143

 

Bermula pada 17 Feb 2014

bottom of page