top of page
PERTANDINGAN MEMASAK PERINGKAT 10 BRIGED PARA

11 April 2014


Pertandingan Memasak Peringkat BAKAT 10 Briged Para ke Rumah BAKAT 17 RAMD (Para) dirasmikan oleh Pengerusi BAKAT 10 Briged Para iaitu Puan Sadaah binti Muhamad julung kalinya pada 11 April 2014. Penyertaan pertandingan ini disambut meriah oleh ahli-ahli BAKAT 10 Briged Para. Pelbagai jenis juadah enak telah disediakan untuk dipertandingkan.

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT

7 Mac 2014


Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Peringkat 10 Briged Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke 81 telah berlangsung pada 7 Mac 2014 di Rumah BAKAT 17 RAMD (Para). Majlis bacaan yassin dan tahlil ini mendapat kehadiran yang memberangsangkan di kalangan-kalangan ahli BAKAT 17 RAMD (Para).

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA PEMBUKAAN AKTIVITI BAKAT

11 Januari 2014


Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Pembukaan Aktiviti BAKAT 17 RAMD (Para) telah berlangsung pada 11 Januari 2014 di Rumah BAKAT 17 RAMD (Para). Majlis bacaan yassin dan tahlil ini merupakan pembuka tirai kepada aktiviti-aktiviti BAKAT 17 RAMD (Para) pada tahun 2014 dan berharap perjalanan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2014 berjalan dengan lancar dan teratur.

LAWATAN ULUNG PENGERUSI BAKAT 10 BRIGED PARA

18 Januari 2014


Lawatan Pengerusi BAKAT 10 Bgd Para ke Rumah BAKAT 17 RAMD (Para) iaitu Puan Sadaah binti Muhamad julung kalinya pada 18 Januari 2014. Ketibaan Pengerusi BAKAT disambut meriah oleh semua ahli BAKAT 17 RAMD (Para) yang menunjukkan kehadiran yang memberangsangkan. Beberapa aktiviti dijalankan antaranya seperti Pertunjukkan Kraf Tangan dan Pakaian Tradisional.

MAJLIS JALINAN MESRA BAKAT 17 RAMD (PARA)

30 Ogos 2014


BAKAT 17 RAMD (Para) telah menganjurkan Majlis Jalinan Mesra pada 30 Ogos 2014. Majlis ini bertempat di Hotel Legacy Melaka. Majlis ini bertujuan untuk meraikan ahli-ahli BAKAT 17 RAMD (Para) yang akan bertukar keluar.

LATIHAN MENEMBAK BAKAT 17 RAMD (PARA)

17 Januari 2015


BAKAT 17 RAMD (Para) telah diberi peluang akan pendedahan dan latihan menembak. Latihan menembak ini diadakan di Lapangsasar Pistol 17 RAMD (Para).

AKTIVITI BAKAT
Statistik

    Hari ini                           :     07

    Minggu ini                     :    25

    Bulan ini                        :     32

    Jumlah Keseluruhan    :    1143

 

Bermula pada 17 Feb 2014

bottom of page